Tuesday 24 September 2013

Perjalanan ke tanah suci 2013.

Setelah tertangguh hajat selama tiga tahun, akhirnya diteruskan juga hajat untuk ke tanah suci buat kali ke dua. Kali ini untuk menunaikan umrah.Sete;lah menerimaan pelawaan dari seorang kawan lama, terus saja ikut mendaftar. Maka berangkatlah pada cuti sekolah Mei 2013, bertemankan kawan-kawan lama dari SK Danau Kota Setapak.
Gambar ini diambil selepas solat hajat berjemaah tengah malam. Selepas jam 1 tengahmalam.Nampaknya walau jam berapa pun himpunan manusia tak pernah reda.
Ustazah Hasnah, Nor Faridah dan Siti Hawa.
Keletihan dan mengantuk.
ketika melakukan Saie
Selepas solat subuh.
Di dalam MasjidilHaram
Masjid Nabi di Madinah.

Lawatan ke Vietnam.

Koperasi Sungai Buluh sangat cemerlang berprestasi sehingga mampu membawa ahli melancong ke Ho Chi Minh City pada 17 Nov  hingga 19 Nov 2012. Terima kasih kepada AJk yang bertungkus lumus untuk memajukan koperasi.
Diantara ahli koperasi yang ikut serta.
Macam buat dodol tapi ini ialah candy kelapa.

Kegigihan untuk menyara hidup.

KEINDAHAN CIPTAAN TUHAN.

Syukur alhamdulillah masih dapat menghirup udara segar dan menikmati keindahan alam ciptaan tuhan yang maha kaya. Ingin ku abadikan keindahan ini untuk tatapan sesiapa yg sesat ke sini.

Sunday 22 April 2012

Menjelajah kawasan Felda Palong.


Seronok rasanya dihati dapat mejelajah di bumi sendiri yang sangat dekat di mata tapi jauh dihati. Bukan tak sudi , tapi kesempatan yang belum diperolehi. Maka dengan izin Allah maka hari ini ada yng sudi menemani maka kami mulakan expedisi melalui senaling , kampung Kepis, Rompin maka tejumpalah sekolah lama sahabat saya Pn Rokiah. SK Rompin. Indah rupanya Rompin ni. Gambar  diatas tu ialah jalan di Felda Palong yang damai lagi indah suasananya. Bertuah sungguh para peneroka. Sepatutnya lah mereka berterimakasih kepada kerajaan yang telah menganugerahkan kepada mereka kawasan yang indah ini.





Add caption
Kerana leka menikmati keindahan semula jadi hingga terlupa mengambil gambar pokok-pokok kelapa sawit di sepanjang kiri kanan jalan. Yang menkagumkan ialah bukit bukau yang hampir sama keadaannya di New Zealand. Cuma kalau di NZ dipenuhi rumput hijau dan kambing tapi di sini nampak gondol kerana dalam proses menanam semula.




Ini ialah kawasan rumah salah seorang peneroka yang begitu perihatin dan telah melestarikan tanah beliau dengan pelbagai kegunaan. beliau telah membina kolam ikan yang begitu terpelihara keindahannya. di pagari oleh pelbagai pohon buah-buahan yang hijau, sungguh redup mata memandang hingga saya terpanggil untuk merakamkannya. tahniah kepada peneroka ini.










Dalam perjalanan pulang terlihat pula papantanda Homestay Lonek. Teringat misi yang memang telah dipertanngungjawapkan untuk meninjau tempat ini . SKKG akan membuat Program Motivasi tahun 6 di sini. Saya perlu mendapatkan maklumat tentang kemudahan yang disediakan. Maka singgahlah pulak.

Tuesday 10 April 2012

Menjejaki bumi Kiwi.




Pertama kali ke sana bulan puasa.Tarikh dah lupa kerana dah lebih 15 tahun. Tujuan menemani suami menghadiri seminar. Kebetulan musim sejuk. Apalagi panjanglah waktu berpuasa. Lebih kurang jam 9 baru buka. Sahur pulak awal. Nasib baik pihak hotel mau melayan kami dgn menghantar makanan ke bilik pukul 3 pagi.

Kali ke dua melawat anak yang belajar di sana. University of Wellington. Sempatlah bachpacking ngan anak untuk jimat belanja. Melawat dari Wellington ke beberapa daerah di South Island. Tahun 2005.













Kali ketiga 30 May 2011, selepas bumi Christchurch digegar gempa bumi. Ingin melihat kesan dari gegaran tersebut. Sempat meraikan Hari Lahir di sana. Dari Christchurh menuju ke selatan dengan kereta sewa.    3 kali kena saman. Salah parking dan melebihi had laju yang tak munasabah.

Sunday 4 March 2012

Menguji Ketabahan

Selepas ujian yang sangat berat berjaya ku lalui, sekali lagi Allah mendugaku...semoga Allah memberikan daku kekuatan buat kali kedua.Teringat olehku kisah seorang nabi yang pernah ku baca. Baginda menangis jika sehari Allah tidak menurunkan ujian buatnya kerana itu tandanya Allah telah melupakannya dan tidak menyanyanginya lagi.

Bagaimana harus ku lalui hari-hari mendatang...walau pun ku cuba gagahi namun kadangkala aku tewas juga. Airmata ku jatuh ke dalam . Ya Allah berikan daku kekuatan.....

Anak yang ku harapkan membela nasibku ....tentunya bolih. Ku panjatkan doa dia pasti dapat dipulihkan... Sakitnya memerlukan semangat yang tinggi dan usaha yang bersungguh2 untuk mencari pakar mahir dibidangnya. Semoga Allah dapat menemukan kami dengan pakar yag betul agar pembedahannya mencapai kejayaan.

Sakit pinggangnya hanya tanda amaran semata. Ternyata penyakitnya lebih parah dari itu.... Tulang belakang patah dan telah bergerak dari kedudukan asal. Hanya urat dan muscle yang memegang tulang tersebut. Jika tidak dibedah kesan pada kakinya, kerana urat sarat ada di situ. Dibedah keputusan tidak menjamin kesembuhan 100%.

Hanya ke hadrat Ilahhi jua ku panjatkan doa .......

.