Sunday 22 April 2012

Menjelajah kawasan Felda Palong.


Seronok rasanya dihati dapat mejelajah di bumi sendiri yang sangat dekat di mata tapi jauh dihati. Bukan tak sudi , tapi kesempatan yang belum diperolehi. Maka dengan izin Allah maka hari ini ada yng sudi menemani maka kami mulakan expedisi melalui senaling , kampung Kepis, Rompin maka tejumpalah sekolah lama sahabat saya Pn Rokiah. SK Rompin. Indah rupanya Rompin ni. Gambar  diatas tu ialah jalan di Felda Palong yang damai lagi indah suasananya. Bertuah sungguh para peneroka. Sepatutnya lah mereka berterimakasih kepada kerajaan yang telah menganugerahkan kepada mereka kawasan yang indah ini.





Add caption
Kerana leka menikmati keindahan semula jadi hingga terlupa mengambil gambar pokok-pokok kelapa sawit di sepanjang kiri kanan jalan. Yang menkagumkan ialah bukit bukau yang hampir sama keadaannya di New Zealand. Cuma kalau di NZ dipenuhi rumput hijau dan kambing tapi di sini nampak gondol kerana dalam proses menanam semula.




Ini ialah kawasan rumah salah seorang peneroka yang begitu perihatin dan telah melestarikan tanah beliau dengan pelbagai kegunaan. beliau telah membina kolam ikan yang begitu terpelihara keindahannya. di pagari oleh pelbagai pohon buah-buahan yang hijau, sungguh redup mata memandang hingga saya terpanggil untuk merakamkannya. tahniah kepada peneroka ini.










Dalam perjalanan pulang terlihat pula papantanda Homestay Lonek. Teringat misi yang memang telah dipertanngungjawapkan untuk meninjau tempat ini . SKKG akan membuat Program Motivasi tahun 6 di sini. Saya perlu mendapatkan maklumat tentang kemudahan yang disediakan. Maka singgahlah pulak.

5 comments:

  1. Pengusaha homestay Lonek itu ada bau-bau bacang dengan saya .. tapi kalau nak duduk situ, caj tetap penuh. hehe


    * terima kasih kerana sudi baca entri-entri lama saya.

    ReplyDelete
  2. Terima kasih kerana sudi singgah. Nampak dah bersawang kan kerana tuan rumah sendiri tak balik2.

    ReplyDelete
  3. komen awak sudah berbalas. terima kasih kerana sudi ziarah dan meninggalkan jejak.

    ReplyDelete
  4. Terima kasih sebab singgah blog saya. Lepas ni bolehlah minta jadi ahli K-PAP. Sey mesti luluskan.

    ReplyDelete
  5. Oh sori...dah lama tk jengah ke sini. Tak sempat...stress dgn kerja.Terima kasihlah kerana masih sudi ke sini.

    ReplyDelete