Thursday 5 January 2012

sekolah dah mula

Dua hari telah berlalu. Anak didik kelihatan melangkah segak dan ada yang dipimpin tangan oleh ayah ibu. Ada yang tersenyum riang, tak kurang yang muram durja. Entah apa yang difikirkan. Guru bertugas telah mula menyusun atur murid-murid di dewan. Ibu bapa yang dah lama meninggalkan alam persekolahan sama-sama beratur di belakang barisan murid-murid. (alangkahkah baiknya jika mereka beredar saja. Mudah sikit tugas guru).
Murid-murid dengan akur mengikut arahan guru.(baru berjumpa) . Murid di alihkan ke tapak perhimpunan supaya metreka tahu kedudukan mereka apabila perhimpunan resmi diadakan nanti. Lagi beberapa peraturan disampaikan. Harap-harap mereka bolih ingat. Aman sikit suasana sekolah nanti.

4 comments:

  1. tahniah kerana dah mula berblog.

    ada 3 kesalahan ejaan yang ingin saya tegur .. bukan senang dapat peluang menegur guru ni !

    metreka sepatutnya mereka.

    resmi sepatutnya rasmi.

    bolih sepatutnya boleh.

    ReplyDelete
  2. satu lagi ..

    boleh tak dinyahkan 'word verification' tu ?

    ReplyDelete
  3. Tahniah! kerana menjadi peserta pertama dan ke dua. Sori cikgu dah karat... sebab asyik ajar BI ajar plk sekolah rendah. Tu la pasal. Pegawai duduk kat meja memang teliti. tapi......

    Buah cempedak di luar pagar,
    Ambil galah tolong jolokkan,
    memang banyak saya nak belajar,
    kenapa facebook dimatikan.....kena check spelling sebelum publish takut kena tegur ngan tuan pegawai...

    ReplyDelete
  4. fb dibuka dulu atas tujuan tertentu .. tujuan itu telah pun tercapai. jadi dah tak ada dorongan sangat nak buka.

    lagi pun masa tak berapa nak cukup untuk melayannya ..

    bila rasa perlu nanti, saya activate semula kerana saya tak matikan dia.

    ReplyDelete