Sunday 4 March 2012

Menguji Ketabahan

Selepas ujian yang sangat berat berjaya ku lalui, sekali lagi Allah mendugaku...semoga Allah memberikan daku kekuatan buat kali kedua.Teringat olehku kisah seorang nabi yang pernah ku baca. Baginda menangis jika sehari Allah tidak menurunkan ujian buatnya kerana itu tandanya Allah telah melupakannya dan tidak menyanyanginya lagi.

Bagaimana harus ku lalui hari-hari mendatang...walau pun ku cuba gagahi namun kadangkala aku tewas juga. Airmata ku jatuh ke dalam . Ya Allah berikan daku kekuatan.....

Anak yang ku harapkan membela nasibku ....tentunya bolih. Ku panjatkan doa dia pasti dapat dipulihkan... Sakitnya memerlukan semangat yang tinggi dan usaha yang bersungguh2 untuk mencari pakar mahir dibidangnya. Semoga Allah dapat menemukan kami dengan pakar yag betul agar pembedahannya mencapai kejayaan.

Sakit pinggangnya hanya tanda amaran semata. Ternyata penyakitnya lebih parah dari itu.... Tulang belakang patah dan telah bergerak dari kedudukan asal. Hanya urat dan muscle yang memegang tulang tersebut. Jika tidak dibedah kesan pada kakinya, kerana urat sarat ada di situ. Dibedah keputusan tidak menjamin kesembuhan 100%.

Hanya ke hadrat Ilahhi jua ku panjatkan doa .......

.

2 comments:

  1. kenapa dgn dia .. eksiden ke ?

    apa-apa pun semoga awak tabah menghadapi dugaan dan dia dapat disembuhakan seperti sediakala.

    penyakit datang dari Allah dan kepada Dialah memohon pertolongan dan belas kasihan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya pun bingung memikirkan punca nya. Dia tak dapat mengingati peristiwa yg dpt mengaitkn dgn kecederaannya. Melalui bacaansaya di internet biasanya kejadian spt itu disebabkan accident atau kesan tembakan.tapi tidak ada peristiwa itu berlaku. Hanya Allah juga yg maha mengetahui. Kami pasrah.

      Delete